03 November 2015

Kerana masa, aku abaiknya...maafkan cikgu...

Minggu ini minggu peperiksaan. Aku masuk ke kelas 3A untuk menjaga kertas peperiksaan Dunia Sains dan Teknologi tahun 3. Tahun kedua aku mengajar di sekolah ini masih lagi menggunakan sistem peperiksaan yang sama iaitu masuk 10 minit awal sebelum masa menjawab kertas itu bermula. ala-ala peperiksaan awam gituew...

Hendak dijadikan cerita, murid-murid siap menjawab 10 minit awal. Jadi aku gunakan 10 minit itu untuk memilih peserta ke menyertai aktiviti hari kanak-kanak peringkat sekolah. Untuk mengelakkan murid-murid bising sampai menganggu kelas sebelah, aku gunakan teknik panggil murid satu persatu untuk tanya aktiviti apa yang ingin mereka sertai.

Entah mana silapnya diriku ini, aku terlupa memanggil seorang murid yang memang agak aktif di keals itu. Aktif menanya, aktif mengarah dan sebagainya. Sampai habis masa 10 minit barulah aku sedar, allaaaa lupa pula dekat budak seorang ni..

Muka da masam mencuka..aku buat-buat tidak nampak..sebab masa agak cemburu..aku keraskan hati keluar tanpa menoleh ke arahnya..dari jam 12 tengah hari sampai ke jam 5.30 petang ini kisah itu masih terbayang-bayang di mataku..

menyesalnya...sebab aku sudah mematikan rasa ingin mencuba dalam diri murid itu..maafkan cikgu......

Moga esok hari masih diberi kesempatan untuk memulihkan perasaan tidak puas hati si murid ini...


01 October 2015

Paksa diri..

tonight, i dont feel like doing anything..really not in mood..but i have to write my lesson plan for tommorow....


18 August 2015

Positifkan Diri

current emotion..
photo:google
Tajuk entri dan emosi tadi sangat tidak sama.

Beraninya dirimu mengutuk diriku

Umpama dirimu tidak punya kesilapan

Kau mungkin puas bila kau dapat ungkapkan apa yang patut diungkapkan kepadaku

Tapi kau silap kerana buat emosi orang terguris

Kau tak faham sebab kau berada di pihak mu

Cuba suatu hari nanti hatimu diketuk

Aku janji aku tidak akan tinggalkan mu

Cuma untuk saat dan ketika ini maafkan andainya kau tidak ku pandang

Kau sudah masuk dalam carta itu

Carta apa?carta out of list.

Apapun, positif itu penting bila aku di tahap ini

Aku akan cuba untuk ceria demi kehidupan ini

Aku akan jadi yang terbaik untuk suamiku

Jangan kau ganggu hidupku lagi

Pergilah menjauh kerana itu yang kau mahu

SELAMAT TINGGAL!


24 July 2015

My very first Eid..

Kopisanangan Tompinai Ngawi..

Seperti yang telah sy kongsi sebelum ini pasal 1st Puasa sy tahun ini.. begitu juga Eid..kongsi-kongsi cerita untuk tatapan anak cucu suatu hari nanti..

Malam terakhir puasa 2015;
*Busy mengalahkan Puan Seri..pengalaman pertama membersihkan rumah sebagai persediaan menyambut Syawal..
*Tidak juga penat tapi serius tidak sedar masa begitu cepat berlalu..

Pagi Syawal;
* Last touch up rumah..mandi, tunggu kesayangan-kesayangan dari masjid dan melawat kubur. sy terkecuali kerana uzur..

* My very 1st time cium tangan mentua dan suami meminta maaf untuk segala salah dan silap.
* Lepas tu lepak 6 buah rumah dalam sehari..malamnya pengsan habis di katil.matayyy..

Raya kedua;
* Lawat 4 buah rumah...juga cukup2 kenyang..maigaddd..barulah perut tagapss..

Raya ketiga;
*open house..kalau open house nda juga la perkara baharu dalam hidup sebab selalu jemput orang datang rumah untuk celebrate birthday party, Krismas, Family day..cuma yang berbeza tiada yamsengggg la..hahaha 
*Malamnya lepak2 santai bersama kawan2 en suami..sampai jam 12 am..

.......................................................
serius best sangat sambutan Hari Raya bersama my new family..sebab kami tidak ramai di rumah jadi sy ada masa membuang rasa takut kepada bunyian atau letupan kuat dengan bermain mercun..perlu bagi reward sama diri sendiri sebab dapat meletupkan lebih dari 5 mercun..haha..

big thanks to my new family sebab bagi satu kenangan yang sangat indah bagi saya..sy harap sy dimaafkan kerana tidak pandai memasak..jadi sy hanya tahu putung-putung bawang dan sebagainya sahaja..

okey,,enough untuk my eid story..thank you for reading..

14 July 2015

Puasa

Hai semua...

21 hari sudah saya puasa..yang sebelum2 itu faham2 la perempuan..ada saja cutinya..

Pejam celik pejam celik raya is just around the corner..dan yapss, tahun ini saya rasa terlalu banyak pengalaman pertama saya..pengalaman itu bercampur aduk seperti rojak dan telah membentuk saya untuk menjadi kuat..kata orang putih life must go on..

Selain sokongan dari suami dan family sy juga kena selalu positif dan yakin yang everything is gonna be okay..percaya saja yang Allah itu ada..

Sebelum mengundur diri, saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang merayakannya..have fun guyssss.....salam 0 0 

12 July 2015

Cerita Cinta Kami

Sinopsis:

Kami kawan start Julai 2008 sebab tu bulan kami sama-sama masuk IPG.

Plot Permulaan:

Cinta pandang berkali-kali 10 September 2011

Pertengahan:

Mengambil langkah drastik yakin bahawa Tuhan itu akan membantu; 14 April 2015

Klimaks:

Nikah (majlis sebelah perempuan) 5 Jun 2015

Majlis resepsi (sebelah lelaki) 30 Ogos 2015

Saya menjemput semua orang datang memeriahkan majlis kami..




11 July 2015

MY NAME IS AUNI BATRISHIA@BEATRICE BIANUS

Assalamulaikum dan salam sejahtera...


Pertama sekali ucapan syukur tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana masih memberikan saya nafas baru hari ini...

Bercerita mengenai blog, sebenarnya yang ni sudah ketiga kali saya delete semuaaaa kandungan dalam blog saya. Kerana apa? kerana saya malas sudah sama kandungan yang sebelum-sebelum ini..kira hidup yang baru la ni..yalah, hidup baru as a wife to Mr. ShahRUL..segalanya berubah. Komitmen tidak lagi sepenuhnya fokus dengan sekolah dan family..tapi more to tugas sebagai seorang isteri..best tapiiiii enjoy..jadi isi2 merepek sebelum ini yang selalu dibaca dan dikasi ketawa oleh "boyfriend" (yang kini sdh menjadi suami) tidak sesuai lagi jd tontonan umum..

Sebagai buka bicara saya ingin mengongsikan kehidupan saya yang saya rasa 360 darjah berubah sejak jadi isteri ni. Saya kongsi yang saya paling suka la ahh..pertama sekali dapat duit lebih tiap bulan. 2 bulan sudah saya rasa duit sy save saja. Dapat lagi sy belanja2 adik2 saya dengan sewenang-wenangnya. Kalau sebelum ni segala minyak kereta, sewa rumah, bil2 kita yang bayar. (ketara mata duitan). 

2. Tidak boleh terlalu malas-malasan sudah. Bangun pagi pastikan ada sarapan, atau sekarang posa kena sediakan sahur. Kalau jadual saya masa puasa ni jam3.50am bangun, sediakan sahur, kena pastikan baju suami dan saya sendiri sdh siap iron untuk ke kerja.

3. Semua yang saya buat suami kena tahu..kalau dulu boleh lagi buat benda2 pelik di belakang boyfriend kan..yang ni kali tiada lagi rahsia ha ha ha if you know what i mean..

4. Dulu mau balik bercuti saya memang tiada pilihan sudah. yang ni kali memang tiada pilihan juga. Sudah bertambah hati yang perlu dijaga..

Banyak lagi yang berubah yang saya boleh cerita dan tidak boleh cerita..tapi saya perlu kemas rumah sebelum suami bangunnnnnn...haha 

terima kasih kerana membaca..babaiiiiiii