03 November 2015

Kerana masa, aku abaiknya...maafkan cikgu...

Minggu ini minggu peperiksaan. Aku masuk ke kelas 3A untuk menjaga kertas peperiksaan Dunia Sains dan Teknologi tahun 3. Tahun kedua aku mengajar di sekolah ini masih lagi menggunakan sistem peperiksaan yang sama iaitu masuk 10 minit awal sebelum masa menjawab kertas itu bermula. ala-ala peperiksaan awam gituew...

Hendak dijadikan cerita, murid-murid siap menjawab 10 minit awal. Jadi aku gunakan 10 minit itu untuk memilih peserta ke menyertai aktiviti hari kanak-kanak peringkat sekolah. Untuk mengelakkan murid-murid bising sampai menganggu kelas sebelah, aku gunakan teknik panggil murid satu persatu untuk tanya aktiviti apa yang ingin mereka sertai.

Entah mana silapnya diriku ini, aku terlupa memanggil seorang murid yang memang agak aktif di keals itu. Aktif menanya, aktif mengarah dan sebagainya. Sampai habis masa 10 minit barulah aku sedar, allaaaa lupa pula dekat budak seorang ni..

Muka da masam mencuka..aku buat-buat tidak nampak..sebab masa agak cemburu..aku keraskan hati keluar tanpa menoleh ke arahnya..dari jam 12 tengah hari sampai ke jam 5.30 petang ini kisah itu masih terbayang-bayang di mataku..

menyesalnya...sebab aku sudah mematikan rasa ingin mencuba dalam diri murid itu..maafkan cikgu......

Moga esok hari masih diberi kesempatan untuk memulihkan perasaan tidak puas hati si murid ini...


No comments: